Ibnu
Khallikan (wafat 681 H) dalam mukaddimah kitabnya Wafayatul A’yan -yakni
kitab tentang biografi para ulama' yang mulia- berkata: “Aku ceritakan kisah
sekelompok orang-orang mulia yang telah aku saksikan dan aku nukil khabar dari
mereka, atau mereka yang sezaman denganku tetapi aku belum pernah bertemu
dengan mereka, adalah agar orang yang datang setelahku dapat mengetahui keadaan
mereka”. (Mukaddimah Wafayatul A’yan: 1/ 20).
Sesungguhnya membaca biografi ulama' adalah pengubat jiwa. Padanya terdapat kesembuhan bagi mereka yang kehausan akan suri tauladan dan padanya terdapat cahaya sebagai petunjuk jalan kebaikan. Tak lupa, mengetahui kehidupan para ulama berfungsi sebagai cermin yang akan memperlihatkan kelemahan diri yang nantinya sebagai bahan perbaikan.
Umar bin al-Khattab radiyallahu anhu berkata: “Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa”. (‘Ainul Adab wa As-Siyasah: 158).
Syaikh Abdul Aziz bin Muhammad As-Sadhan dalam mukaddimah kitabnya al-Imam Ibnu Baz : Durus wa Mawaqif wa ‘Ibar berkata: “Para ahli ilmu menaruh perhatian besar terhadap biografi-biografi para ulama. Ada yang menulis kitab tentang biografi seorang imam saja, seperti Ibnu Ahmad al-Makki serta al-Kurdi ketika menulis manaqib (perilaku yang terpuji) Imam Abu Hanifah.

Qadhi Isa Az-Zawawi menulis biografi Imam Malik bin Anas. Al-Baihaqi, Ibnu
Katsir dan Ibnu Hajar al-Asqalani menulis secara khusus tentang biografi Imam
Asy-Syafie. Sedangkan Ibnul Jauzi menulis manaqib Imam Ahmad.
Adapula sebahagian ahli ilmu yang menempuh cara lain yakni mereka menulis biografi ulama berdasarkan thabaqah (tingkatan) ulama yang masa hidup, daerah, ilmu atau mazhabnya yang sama. Seperti Ath-Thabaqatus Sunniyah fi Tarajimil Hanafiyah karya Taqiyuddin bin Abdul Qadir Ad-Darimi. Al-Jawahirul Madhiyyah fi Thabaatil Hanafiyahkarya Al-Quraisy.
Tartibul Madarik wa Taqribul Masalik li Ma’rifati A’lam Madzhabil Imam Malik karangan Al-Qadhi Iyadh. Thabaqatusy Syafi’iyyatil Kubra karangan As-Subki, serta Thabaqatusy Syafi’iyyahkarya Ibnu Hidayah l-Husaini. Thabaqatul Hanabilah oleh al-Qadi Abi Ya’la, dan Adz-Dzailu ‘ala Thabaqatil Hanabilahkarangan Ibnu Rajab.
Ada juga penulisan berdasarkan disiplin ilmu tertentu seperti Thabaqatul Mufassirin, yang mana Ad-Dawudi dan As-Suyuti telah menulisnya. Thabaqah para hafiz hadis, terdapat kitab Tadzkiratul Huffaz karangan Az-Zahabi. Az-Zahabi juga ada menulis thabaqah para qari (ahli pembaca al-Quran) yakni Ma’rifatul Qura-il Kibar. Sedangkan thabaqah ahli nahwu, padanya terdapat karangan As-Suyuti berjudul Bughyatul Wu’ah.
Adapula
yang menulis secara khusus para ulama di daerah atau tempat tertentu, seperti Tarikh
Baghdad karangan Khatib al-Baghdadi. Tarikh Dimasyqi oleh Ibnu
Asakir.Akhbar Ashfahan karangan Abu Nu’aim. Bughyatuth Thalab fi
Tarikh Halab oleh Ibnul ‘Adim dan Tarikh Irbil oleh Ibnul
Mustaufi.”
Ali
bin Abdurrahman bin Hudzail berkata: “Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah
dan sejarah-sejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan
kesenangan dalam jiwa seseorang. Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta
mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan,
serta menghilangkan rasa malas”. ('Ainul Adab wa As-Siyasah: 158).
Oleh
kerana itu wahai saudaraku, cubalah engkau membaca kisah-kisah para ulama',
nescaya engkau akan mendapatkan penyejuk jiwa: “Barangsiapa belum mencuba maka
belum tahu hasilnya; Maka cubalah, niscaya engkau akan mendapatkan bukti ucapan
saya”. (Manzumah ash-Shan’ani fil Hajj : 83).
No comments:
Post a Comment